Monday 14 May 2012

Cinta Pertama (Intro)

Sejak dari zaman sekolah, aku berpegang pada satu prinsip. Aku nak cinta pertama aku jadi cinta pertama, terakhir dan selama-lamanya. Atau dalam erti kata lain, aku taknak buang masa bercinta dengan ramai lelaki, tapi at last kahwin dengan orang lain. Aku taknak panggil lelaki itu sayang lelaki ini sayang tapi at last kahwin dengan orang lain. Aku cuma nak beri cinta dan kasih sayang kepada seorang lelaki sahaja dalam hidup ini iaitu SUAMI. Aku nak diri aku suci bersih, tanpa pernah disentuh mana mana lelaki. Aku nak satu-satunya lelaki yang pernah pegang tangan aku adalah SUAMI aku sahaja. Titik.

Disebabkan prinsip itu, sampai lah ke usia 22 tahun, tak pernah sekali pun aku bercinta. Walaupun waktu sekolah dulu muka aku hitam berkerak tudung senget benget badan kurus sekeping, tetap ada je budak lelaki ajak couple. (Gila ikhlas la budak laki tu, memang tak pentingkan kecantikan fizikal langsung haha!). Bila masuk matrik pun, kulit dah tak berkerak sangat, pakai tudung pun dah sempurna, mula lah ada orang nak ngorat. Ecececeh. Bila masuk universiti pulak, dah pandai bergaya sikit sikit pergi kelas pun pakai high heels bajet hot kononnya, maka bertambah lagi senarai peminat. Mwahaha sila muntah hijau sekarang! Tapi itu lah realiti kehidupan yang semua gadis gadis lalui. Zaman zaman tu memang zaman kena mengorat. Cun ke tak cun, mesti ada jugak orang yang minat kita. Betul tak? Tapi semua terletak pada diri kita, sama ada nak layan atau pun tak. Macam aku, memang aku dah sediakan skema jawapan siap siap. Kalau ada budak laki ajak couple, aku bagi je skema jawapanku "rilex la weh, kawan-kawan sudahhh..kalau ada jodoh ada lah nanti, tak payah couple couple ni". Keh keh keh.

Itulah skema jawapan yang aku guna selagi aku belum jumpa lelaki yang memenuhi kriteria untuk aku jadikan suami. Waktu tu, aku tak pandang seorang lelaki tu untuk dijadikan boyfriend, tapi untuk dijadikan suami. S-U-A-M-I. SUAMI. Sebab kalau aku dah decide untuk terima seseorang tu, bermakna aku memang nak kahwin dan hidup dengan dia selama-lamanya. Aku bukan jenis yang senang senang je terima someone, bercinta dengan dia sekadar nak try, kalau rasa ok kahwin, kalau rasa tak ok, break up. Oh no no no! Itu dah melanggar prinsip aku.

To be honest, waktu tu aku nak seorang lelaki yang ada empat kriteria ini (selain empat ciri yang Islam tetapkan). First, lagi tua dari aku. Supaya dia lagi matang dari aku dan senang aku nak hormat. Kalau lelaki sebaya ni, aku kureng sikit rasa hormat. Second, boleh jaga aku macam mana abah aku jaga aku. Aku satu-satunya anak perempuan dalam family. Abah aku memang jaga aku dengan sempurna. Jadi, aku nak suami aku pun boleh jaga aku macam yang abah aku buat atau lebih lagi. Kurang tak boleh. Heh. Third, mesti pandai dari segi akademik. Aku nak lelaki yang pandai. Supaya anak anak aku nanti pun pandai jugak. LOL. Kena lebih pandai dari aku atau sekurang-kurangnya sama level akademik dengan aku supaya aku boleh hormat pendapat dia. Dan yang terakhir, kena bijak@smart. Bukan smart dari segi pakaian tu, tapi macam smart thinking gitu. Bijak dari segi perlakuan dan pertuturan. Aku tak suka lelaki yang cakap merapu merepek yang nampak bodoh tu. Kalau aku tanya sesuatu dan nak tau pasal sesuatu, dia mesti boleh jawab dengan bijaknya.

Itu sahaja. Hehehh. Bukan demand. Tapi sebab aku kenal diri aku sendiri, jadi aku tau diri aku perlukan seorang lelaki yang ada kriteria macam tu. Aku jenis perempuan yang degil dan ego tinggi. Jadi, aku memang perlukan seorang lelaki yang lebih tua dan lebih pandai untuk dijadikan suami supaya aku boleh hormat dia. HORMAT. First thing first, seorang perempuan kena ada rasa hormat pada suami dia. InsyaAllah, baru rumahtangga smooth. Kalau kita takde rasa hormat pada suami kita, nanti kucar kacir jadinya. Mula lah kita tinggi suara dengan suami kita dan marah dia sesuka hati. It's not good ok. Sebagai perempuan degil, aku memang perlukan suami yang lebih tua dan lebih pandai, supaya aku boleh dengar cakap dia dan terima pendapat dia. Girls, you should know yourself first. Kita kena tahu diri kita ni jenis macam mana, baru kita decide lelaki jenis begini dan begini yang kita perlukan. Jangan asyik list nak yang hensem macam korea, badan tough macam aaron aziz bla bla bla. Kena ingat, kebahagiaan rumahtangga bukan terletak pada kecantikan fizikal semata-mata, but it's all about 'chemistry' antara dua individu.

To be continued.....

Jadi, berjayakah aku bertemu dengan lelaki yang punya kriteria yang aku ingin kan tu? Berjayakah aku berpegang dengan prinsip aku ittuewww? Nanti ku sambung lagi ye. Daaa~

2 comments:

Unknown said...

ni bile sambungannye nih >,<

safwa_khairul said...

@Wani
Tunggu kerajinan :p lol pemalas!